Salam pada sesiapa yang membaca. Flight aku ke KL Isnin lepas berlepas pada pukul 12:30 tgh hari. So nak tak nak terpaksa la tido kat Frankfurt sehari. Buat pertama kali dalam hidup aku dapat naik flight business class. Cet baru business class dah kecoh. Haha. Thanks to my sis dapat gak merasa. Dia redeem point Enrich die untuk bayar flight ticket aku. So kena bayar ticket dlm 200 euro je gitu. Kalo tak tadenye mampu naik business class ni. Lagi baik aku simpan duit untuk kawin:P
Antara bende yang aku suka naik business class ni kerusi dia. Sekejap duduk tegak, sekejap sendeng sket, skejap baring. Macam2 posisi. Sampai KL takde la sakit2 badan. Pastu toilet die best. Ada sediakan hand lotion dan perfume aigner. Setiap kali masuk toilet mesti spray. Aku ingat nak sapu die punya perfume tapi pikir2 balik tak baik r.
Tapi ada gak yang kurangnya. Makanan dia yang special aku rasa sate dia jek. Memang sedap giler. Yang lain biasa je. Mayb tekak aku bukan tekak barat kot. Lepas tu bosan r sebab tade awek yang aku bleh ngayat. Ye r dalam tu ade berapa kerat orang jek. Yang naik pon tua2. Haha.
Tapi ada pengalaman yang tak dapat aku lupa. Macam ni la jalan cerita dia..
Pramugari cun: Encik Khairul buat apa dekat Frankfurt?
Aku dengan macho: O saya study dekat Germany. Tapi bukan dekat Frankfurt tapi Konstanz, sempadan germany-switzerland.
Tiba2 buah tembikai susu yang aku makan terpelanting kat lantai.
Pramugari: (Senyum) That's usually happened.
Aku dalam hati: Bengongggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!
Pengalaman kedua:
Pramugari tak berapa cun: Mr. Khairul do you want coffee or tea??
Aku: Tea please.
Pramugari : How would like your tea?
Terdiam sambil kepala terbayangkan cerita pasal Siti Nurhaliza. Aku terdiam dan tersenyum.
Nak jek aku try jawab in the cup. Haha. Tapi pramugari tu awal2 dah suggest with milk or sugar. hehe..Kalo tak mesti nama aku naik buat kali kedua.
Akhirnya sampai juga kat Malaysia.. Kapal terbang landing awal dalam pukul 6.20 pagi. Dengan tak sabar dan berkobar-kobar aku amik luggage. Seminggu sebelum tu aku dah pesan kat kakak aku dah: "Angah, nuar sampai nnt jgn lupa sambut dengan kompang". Dengan selamba badaknya kakak aku membalas: "Kompang takde, pelempang nak??". Bengkek jek aku...haha...Time nak keluar dr tempat menunggu tu mata aku mencari..mana la famili aku ni..Tak puas hati kepala aku pusing lagi dari kiri sampai kanan..Sah!Diorang tak sampai lagi..huhu...Salah aku gak ckp aku smp kul 8. Sebab tahun lepas camtu. Dah la tade coin n line Msia. Terpaksa layan kopi 9 hingget utk call yg hanya berharga 20 sen.
Ok r..aku nak layan tdo..nnt aku cerita pengalaman first time naik business class. Mcm anak rusanani msk kampung saje..haha
Hari ni hari terakhir di Siemens. Macam2 yang berlaku sepanjang aku buat praxis kat Siemens ni. Sedih, gembira, geram, tensen...macam2 la..Hehe.. Sampai ke last day ni aku still lagi productive. Still siapkan some report sebagai wasiat untuk next praktikant yang sambung tugas aku..Haha..poyo jek..
Sepanjang praxis walaupon aku gigih wat keje tapi ada masa aku curi tulang juga. Senarai curi tulang aku:
1. Baca blog-blog walaupon tak kenal orang tu..haha.. ada beberapa blog yang menarik selain dari kawan2 yang aku jumpa macam http://fdausamad.blogspot.com ni.. lawak sungguh
2. Baca twilight kat pdf.. Giler nampak macam gigih.. Sebenarnya buat bende lain.. haha..tapi ni aku buat ble betreuer aku tade n keje tu dah abes.. So ape lagi..haha
3. Chatting and emailing..
4. Jalan2 pusing Siemens..boring gile..haha
Alhamdulillah praxis abis arini..Malaysia..here I come
Wah dah lama aku tak update blog. Sebenarnya memang malas nak tulis blog. Tak tahu ape nak cerita @ memang takde benda nak cerita pun. Eh ade, tak cerita lagi pun pasal camping kat Churwalden. Tapi Krun n Yanie dah tulis dalam blog diorang, so cam sama je la kan. Tapi kalau ada masa nanti aku ceritakan pasal camping kat Churwalden tu from my own perspective.
Minggu lepas memang gigih r siapkan programming coz dah nak habis praxis. So kena la siapkan semua benda. Except my Bericht aka report tak siap lagi....Arghhhhhhhhhhhhh.... Hm Jumaat lepas Krun, Amad, Hajar and her sis datang KN, ktorang terjun Bodensee. Time tu dah nak dekat Maghrib gak. Tapi gigih gak terjun coz Wettervorhersage cakap Sabtu hujan. Tapi kurang best r sebab time mandi tu orang asyik usha2 jek. Pelik tol orang mandi bogel tade plak diorang usha. Huhu.
Pastu Sabtu malam Ahad plak ade firework kat Hafen. Tapi nak masuk kena bayar. So tengok jek r dari jauh. So nampak sisa2 jek r. Yang mana tinggi tu baru nampak. Kira lama juga diorang punya firework bout 45 mins camtu. Ahad pagi sekali lagi terjun Bodensee. Kali ni dekat tempat lain lak, dekat ngan Schänzle. Memang best sungguh. Aku azam lepas ni nak belajar berenang btol2. Tengok Amad n Krun terer berenang, jeles lak aku. Lagi jeles bile mak cik tua selamba jek berenang jauh2...Siap bleh lambai2 lagi..haha