Salam pada sesiapa yang membaca. Flight aku ke KL Isnin lepas berlepas pada pukul 12:30 tgh hari. So nak tak nak terpaksa la tido kat Frankfurt sehari. Buat pertama kali dalam hidup aku dapat naik flight business class. Cet baru business class dah kecoh. Haha. Thanks to my sis dapat gak merasa. Dia redeem point Enrich die untuk bayar flight ticket aku. So kena bayar ticket dlm 200 euro je gitu. Kalo tak tadenye mampu naik business class ni. Lagi baik aku simpan duit untuk kawin:P

Antara bende yang aku suka naik business class ni kerusi dia. Sekejap duduk tegak, sekejap sendeng sket, skejap baring. Macam2 posisi. Sampai KL takde la sakit2 badan. Pastu toilet die best. Ada sediakan hand lotion dan perfume aigner. Setiap kali masuk toilet mesti spray. Aku ingat nak sapu die punya perfume tapi pikir2 balik tak baik r.

Tapi ada gak yang kurangnya. Makanan dia yang special aku rasa sate dia jek. Memang sedap giler. Yang lain biasa je. Mayb tekak aku bukan tekak barat kot. Lepas tu bosan r sebab tade awek yang aku bleh ngayat. Ye r dalam tu ade berapa kerat orang jek. Yang naik pon tua2. Haha.

Tapi ada pengalaman yang tak dapat aku lupa. Macam ni la jalan cerita dia..
Pramugari cun: Encik Khairul buat apa dekat Frankfurt?
Aku dengan macho: O saya study dekat Germany. Tapi bukan dekat Frankfurt tapi Konstanz, sempadan germany-switzerland.
Tiba2 buah tembikai susu yang aku makan terpelanting kat lantai.
Pramugari: (Senyum) That's usually happened.
Aku dalam hati: Bengongggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!

Pengalaman kedua:
Pramugari tak berapa cun: Mr. Khairul do you want coffee or tea??
Aku: Tea please.
Pramugari : How would like your tea?
Terdiam sambil kepala terbayangkan cerita pasal Siti Nurhaliza. Aku terdiam dan tersenyum.
Nak jek aku try jawab in the cup. Haha. Tapi pramugari tu awal2 dah suggest with milk or sugar. hehe..Kalo tak mesti nama aku naik buat kali kedua.

About this blog

Khairul Anwar Bin Zakaria. That's all.

Follower

Shout if u dare!!


ShoutMix chat widget